Translate

Sabtu, 16 Oktober 2021

Penambahbaikan berterusan web sibersukses.com

Assalmualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak sekian lama tidak update blog ini oleh kerana lebih fokus kepada beberapa penambahbaikan bagi cabang pemasaran web sibersukses seperti online meeting dan juga marketing di facebook page.

Alhamdulilah untuk beberapa bulan ini ada peningkatan dari segi trafik dan juga referral secara online.

Cabaran untuk web ini sekarang adalah untuk menjadikan ianya lebih pantas...

Sebelum optimize didapati web ini loading 10 - 12 saat. Ini adalah satu tempoh masa yang amat perlahan bagi sesebuah laman web komersial.

Oleh yang demikian, setelah beberapa setting baharu yang dibuat berjaya menurunkan tempoh masa kepada 6 saat untuk loading page sepenuhnya.

Ini mungkin lebih baik dari sebelumnya, tetapi sasaran kami  adalah supaya frontpage web ini loading di bawah  5 saat seperti  2 atau 3 saat. Ini adalah standard kelajuan untuk laman web komersial.

Kenapa kepantasan frontpage ini penting bagi kami:

1. Ia akan menyebabkan ranking website sibersukses.com ini naik di index google.. Sebab seperti yang kita tahu, google akan beri kredit yang lebih baik dari segi ranking jika laman web kita loading dengan pantas.

2. 1 saat loading website amat memberi kesan besar kepada  peningkatan trafik dan juga jualan. Trend sekarang orang sudah tidak dapat  menunggu website yang loading lebih dari 10 saat.. ini bermakna  prospek lari, dan juga sales tidak memberansangkan.

3. Ini demi membantu agar rakan niaga kami (affiliate) lebih berpuas hati dengan servis website yang kami sediakan kepada mereka yang mendaftar sebagai rakan ejen bersama team kami..

4. Sudah tentu, rekod jualan yang lebih baik selepas ini.

Jadi, sampai di sini sahaja update untuk blog ini, saya harap selepas ini saya akan dapat terus aktif update di sini, jika tidak pun anda pasti boleh dapat perkembangan terbaharu  dari kami di facebook sibersukses ya.

Sampai jumpa lagi!

Salam sukses

Hafeez 

"ANDA BUAT ,ANDA  DAPAT"

Klik sini untuk sertai kami dalam bisnes Volten International 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog