Translate

Khamis, 26 Ogos 2021

Hebat mana 'six sense' negatif itu berkhidmat untuk anda?


Adakah situasi ini pernah atau selalu terjadi kepada anda?

Suatu ketika bila anda menjumpai sesuatu peluang, pada mulanya anda jadi begitu teruja, seolah-olah anda dapat melihat masa depan bahawa anda dengan mudah boleh mencapai apa yang anda impikan sewaktu berjumpa dengan peluang itu.

Setiap hari, anda terus melakukan apa yang anda rasa perlu bagi menjadikan impian anda itu suatu realiti.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan berlalu anda masih berusaha untuk mencipta kejayaan dengan peluang yang anda temui. Tetapi, mungkin rezeki belum menyebelahi anda hasil yang anda inginkan nampaknya belum lagi diperolehi.

Waktu berlalu, perasaan anda mula gundah gulana kerana wang dan masa telah banyak dihabiskan untuk perusahaan itu, tetapi hasilnya masih belum lagi memuaskan malah mungkin anda menanggung kerugian lebih banyak dari untungnya.

Anda mula memikirkan bahawa adakah apa yang anda lakukan ini betul dan boleh mendatangkan hasil, anda mula ragu-ragu dengan peluang yang anda pegang itu, anda mungkin tidak pasti adakah anda dapat mencapai seperti apa yang anda impikan awal dulu.

Tidak lama selepas itu, anda melayari media sosial dan laman web lain melihat banyak peluang seperti begitu menguntungkan berbanding dengan apa yang anda sedang buat, fokus anda mula lari dari sasaran awal anda. Anda ingin cuba sesuatu yang lain pula yang anda fikir mungkin lebih cepat pulangan atau mungkin lebih mudah untuk dilakukan.

Kitaran ini terus berlaku kepada diri anda untuk bertahun lamanya menyebabkan anda masih berada di keadaan yang hampir sama seperti anda bermula awal dahulu, wang tidak cukup, tiada simpanan dan impian anda terus tinggal sebagai buaian lamunan angan-angan.

Inilah  yang terjadi kepada 95% orang yang ingin membina kejayaan dalam hidup. Sebab itu statistik menunjukkan dalam apa-apa bidang sekalipun hanya 5% sahaja mereka yang benar-benar mencapai kejayaan yang besar.

Ini bermaksud kejayaan itu layak kepada mereka yang fokus dan tidak erti mengenal putus asa manakala yang gagal itu hanya dengan mudah untuk melepas tangan dan tersasar dari impian bila dugaan mendatang.

Jadi, apakah yang menjadi penghalang kepada impian anda itu? 

Sebenarnya ada banyak faktor, tetapi yang utama sekali adalah elemen yang bertenggek di minda kita itu.

Bila situasi tidak menyebelahi kita biasanya akan datang bisikan jahat yang ingin menjatuhkan kita. Itulah suara negatif secara semula jadi ada pada diri kita semua. Yang membezakannya adalah bagaimana kita menerima input negatif itu dan apa tindakan kita seterusnya.

Jika bisikan itu datang, adakah kita menurut perintah dan akhirnya meninggalkan impian yang kita sepatutnya capai?

Inilah 'six sense' yang jahat yang sentiasa mengekori kita sampai bila-bila.

Apa yang perlu kita lakukan ketika berhadapan dengan 'makhluk' ini? 

Tidak mungkin kita akan benarkan ia terus melemahkan semangat dan mengelapkan masa depan kita.

Oleh itu, perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah kita kena PEKA.

Peka dengan bisikan itu sebenarnya ada dan sedang berbisik kepada kita dengan begitu bersungguh sekali.

Bila kita sudah peka, kita tidak sewenang-wenangnya mengalah sebab kita tahu itu bukan keinginan kita sebenarnya untuk cepat mengalah dan berputus asa!

Tanya diri anda satu soalan ini dan hanya anda dapat menjawabnya:

SEJAUH MANA SIX SENSE NEGATIF ITU SUDAH BERKHIDMAT MEMBANTU ANDA MENCAPAI KEJAYAAN SELAMA INI?

Bila anda dapat menghayati soalan ini dan mengimbas kembali tentang bagaimana ianya telah berkhidmat kepada anda, pasti anda selepas ini tidak lagi mahu mendengar apa-apa sahaja tuntunan dari bisikan itu.

Anda terus bina kekuatan sebegini sehingga bila sahaja bisikan itu datang lagi kepada anda, anda dengan mudah untuk menepisnya dengan minda anda hingga ia takut lari untuk seketika, kerana ia akan datang lagi dengan membawa versi yang mungkin lebih hebat lagi dari sebelumnya. 

Jadi berjaga-jaga ya!


Ingin bergabung dengan team sukses bisnes online? Klik sini www.sibersukses.com sekarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog