Translate

Selasa, 6 Julai 2021

Tiada idea? Apa yang nak dikongsi di media sosial?

Bila kita ada banyak medium untuk kita tulis dan kongsikan idea kita seperti di Facebook, Blogspot, laman web atau IG mungkin ia agar sukar jika kita mengerjakannya seorang diri.

Apa yang saya belajar, walaupun kita ada banyak platform untuk kita sebarkan mesej kita, kita mesti mempunyai kem utama (basecamp) yang kita jadikan sebagai HQ untuk semua aktiviti pemasaran kita dengan media sosial.

Apakah medium yang sesuai untuk bisnes anda?

Sekarang ada banyak platform media sosial (medsos) untuk kita kuasai, semuanya bergantung dengan siapakah yang ingin anda sasarkan.

Memiliki laman web juga amat penting kerana ia memberi persepsi jenama bisnes anda untuk jangka masa panjang.

Tetapi bila kita bercakap tentang pemasaran di media sosial, seperti yang saya nyatakan awal tadi anda mesti tentukan apakah basecamp anda.

Dengan adanya basecamp ini akan memudahkan anda untuk fokus dalam pemasaran media sosial anda.


Baiklah, mari kita buat satu contoh.

Katakanlah kita jadikan Facebook sebagai basecamp (kem utama) bagi tujuaan pemasaran media sosial kita.

Apakah maksudnya kita berbuat demikian?

Ini memberi anda fokus supaya anda dapat optimumkan pembinaan profile bisnes anda di Facebook samaada di profile mahupun fb page.

Media sosial yang lain seperti IG anda jadikan ia sebagai sampingan yang akan menjurus kepada basecamp anda iaitu FB tadi.

Baik setelah kita sudah tetapkan apakah basecamp kita seterusnya apakah yang kita nak tulis atau kongsikan?

Ada 3 perkara yang boleh anda lakukan.

1. Melakukan proses atau langkah demi langkah

Audien suka kepada proses dan mereka suka untuk mengetahuinya. Sebab itu ada banyak rancangan televisyen yang kita lihat seperti How They Do It, Discovery Channel dan sebagainya.

Anda boleh kongsikan micro proses atau macro proses tentang bisnes atau produk anda. 

Apakah setiap aktiviti yang anda lakukan itu juga merupakan proses. Bagaimana untuk menggunakan produk atau servis anda itu juga proses.

Apa sahaja yang berkaitan dengan proses samada secara langsung atau tidak langsung itulah yang anda boleh tulis atau jadikan ia sebagai kandungan media sosial anda seperti imej dan juga video.

2. Santai dan rawak dari isi hati

Tulis dan kongsikan sahaja apa yang anda ingin luahkan.

Penyampaian yang tulus dari hati itu adalah sebenarnya mesej yang paling terkesan sekali walaupun ianya dikongsikan secara digital.

Apa yang penting adalah anda kongsikan perkara yang dapat memberi manfaat kepada orang lain dan mempunyai aura yang positif. 

Itulah yang audien perlukan dari anda di media sosial, aura dan idea yang positif.

3. Kandungan terancang

Poin 1 dan 2 di atas mungkin boleh dilakukan secara sepontan, tetapi ada juga kandungan anda di media sosial memerlukan anda untuk merancang dengan sebaiknya.

Ianya tidaklah perlu memberi tekanan atau stress kepada anda sehingga menyebabkan anda lebih banyak berfikir dari bertindak.

Di mana untuk anda dapatkan idea?

Ada banyak.

Anda mungkin boleh meniruvasi; iaitu melihat apa yang page atau profile lain posting dan anda juga mencipta kandungan baru pada sudut yang hampir sama. Kita bukannya meniru bulat-bulat dari posting orang lain, tetapi sekiranya anda ketandusan idea, melihat kandungan dari sumber lain sedikit sebanyak membantu anda untuk mencipta kandungan baru yang lahir dari diri anda.

Saya harap perkongisan yang ringkas ini memberi manfaat kepada anda. 

Jangan lupa untuk komen dan share artikel ini kepada rakan-rakan anda di media sosial ya!

Salam jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog