Translate

Selasa, 20 Julai 2021

5 faktor kejayaan dari NASCAR Racing boleh diaplikasi dalam hidup


Sebentar tadi, sepontan je buka tv, tak tahu nak tengok rancangan apa.

Tak sampai 1 minit mencari-cari saluran apa yang sesuai, saya tiba-tiba tertarik dengan saluran yang sedang menyiarkan perlumbaan NASCAR.

Saya berhenti seketika dari kerja yang dilakukan untuk fokus pada perlumbaan tersebut untuk berapa ketika.

Terus fikir apa kunci kejayaan untuk mereka menang.

Sekejab sahaja saya kaitkan perlumbaan tersebut dengan bisnes dan kehidupan.

Apa yang saya dapat simpulkan ialah:

1. Yang menang hanya mereka yang terbaik. 

2. Tidak semua akan dapat menang pada sesuatu masa, mungkin mereka boleh sampai ke barisan penamat, tetap hanya yang terbaik akan jadi juara dalam sesi perlumbaan tersebut.

3. Begitu juga dalam kehidupan, untuk jadi juara dalam hidup atau bisnes, kita kena jadi yang terbaik atau kita hanya akan berada di belakang seperti orang lain.

4. Ada 5 key poin penting yang aku dapat tangkap ketika mengelamun menonton perlumbaan itu.

Key poin ini adalah penting untuk kita jadi pemenang dalam apa juga bidang yang kita usahakan dan dalam hidup ini:

A) SPEED
Perlukan kepantasan jika nak menang, lebih-lebih lagi waktu sekarang ini. Jika kita suka bertangguh atau sengaja melambat-lambatkan usaha, akhirnya kita tidak akan ke mana-mana! Adakah kita suka bertangguh selama ini yang menjadi penghalang kepada kejayaan? 

B) STRATEGY
Macam mana strategi untuk pintas kereta lain itu perlu ada tekniknya yang begitu terperinci, ianya perlu ada untuk pecut ke hadapan.

C) SYSTEM
Keadaan kereta yang digunakan pasti memerlukan sistem yang tersusun rapi sebelum ia dapat masuk litar perlumbaan.

D) SPIRIT
Berlumba untuk tempoh yang lama memerlukan semangat yang sentiasa berkobar untuk menang, jika lemah semangat mungkin tidak sampai ke barisan penamat pun!

E) SABAR
Perlukan kesabaran untuk strategi itu mencapai maksudnya, jika dilakukan secara konsisten pasti kereta yang di belakang pun akan maju pecut di barisan hadapan!

Itu adalah 5 key poin penting yang saya rasa boleh dijadikan sebagai pegangan untuk beroleh kejayaan, kerana itulah yang diperlukan oleh sang juara NASCAR racer untuk menang.

Dan jika ini diaplikasikan di dalam hidup tidak mustahil ia juga boleh memberi impak yang besar!

Apakah key poin tersebut yang masih lemah pada diri kita, maka itulah yang kena kita kuatkan.

Di bawah ini saya sertakan video klip perlumbaan NASCAR agar anda dapat menghayati apa yang saya cuba sampaikan dan kaitkan dengan diri anda pula ya.

Selamat beramal dengan ilmu yang spontan ini!




P.S Mungkin ada di antara mereka yang mendapat no 30 dari perlumbaan itu, tetapi mereka semua tetap juara, kerana membuat keputusan untuk berjuang bersama mereka yang juara, satu lagi nak masuk dalam medan perlumbaan tersebut juga bukan calang-calang orangnya ya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog