Translate

Ahad, 9 Mei 2021

7 Cara Berniaga Yang Salah Menurut Otai Bisnes

Selalunya orang niaga ni terutama mereka yang baru nak mula bisnes biasa terperangkap dengan kesalahan ini.

Lebih menyedihkan kerana kesalahan itu terus dilakukan tanpa disedari.

Jadi di sini saya kongsikan kepada anda 7 kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang bisnes menurut mereka yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Ok, mari kita mulakan...

1) Mula bisnes dengan modal yang besar

Sekarang kita tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk mula berniaga. 

Ini amat membantu kita kerana sebelum kita bercadang untuk melabur modal yang besar dalam bisnes, kita dapat mengenalpasti terlebih dahulu produk yang mana ada permintaan dan mudah untuk dijual.

Setelah kita validate (mengesahkan) dengan beberapa jualan, baru kita boleh mula untuk top up sedikit demi sedikit modal kita untuk kembangkan lagi bisnes.

Tidak semestinya kita teruk bamm, tikam modal yang besar untuk bermula lepas tu letak produk tu bawah katil atau dalam stor kerana tidak cuba untuk lihat potensi produk dan pasarannya.


2) Produk ciptaan sendiri

Kita tak perlu penuhi ego kita untuk memiliki produk sendiri.

Lebih baik kita gunakan modal untuk buat produk itu untuk mendapat pengalaman dalam bisnes dan juga pemasaran terlebih dahulu.

Apa guna kalau kita ada produk, tapi kita syok sendiri kerana tidak ada pengalaman dalam bisnes dan cetek ilmu pemasaran yang berkesan masa kini.

Apa yang penting adalah kita dapat buat jualan dan keuntungan, tidak kisahlah buat permulaan ini apa produk sekalipun.

3) Sewa kedai besar-besar

Sekarang kita boleh simpan produk kita di rumah tetapi pada masa yang sama kita buka kedai online seperti melalui laman web ecommerce atau facebook page. 

Apa yang penting adalah kita utamakan jualan dan keuntungan terlebih dahulu, jika sudah konsisten dapat lebihan untuk membayar sewa kedai barulah kita fikir untuk membuka kedai secara fizikal.

4) Suka buat pinjaman

Jangan bebankan kita dengan hutang yang belum tentu kita dapat bayar.

Kita boleh mula dengan kosong seperti menjadi ejen dropship atau dengan modal yang rendah seperti menjadi ejen untuk sesuatu produk dari syarikat.

Bila kita sudah nampak rentak dalam jualan, barulah kita fikir untuk mengembangkan modal untuk bisnes kita,

Itupun kita kena bijak, tidak semestinya kita terus pinjam dengan bank.

Kita boleh usahakan dahulu pinjam dengan keluarga, kenalan atau rakan kita yang anda rasa mempunyai kapasiti kewangan yang lebih yang dapat bantu anda dengan modal niaga.

Tunjukkan kepada mereka tentang potensi bisnes anda dan apa yang telah anda capai supaya mereka yakin bahawa anda dapat membayar balik hutang mereka. Tetapkan berapa yang anda komited untuk bayar setiap bulan kepada mereka.

5) Tidak fokus

Ini selalu menjadi duri dalam daging bagi pemula bisnes.

Mereka rasa seronok jika dapat jual macam-macam produk. 

Tetapi ini bukan cara yang betul untuk kita berjaya dalam perniagaan.

Nasihat mereka yang sudah berjaya iaitu; pastikan kita fokus dengan satu perniagaan, satu produk atau servis terlebih dahulu. Jadikan kita dapat mencapai matlamat kewangan kita dari bisnes tersebut sebelum kita beralih ke bisnes yang lain.

6) Campur duit bisnes dengan duit peribadi

Kita kena disiplin dalam pembahagian duit modal, duit untung dan duit sendiri.

Jika kita tidak hormati itu, ia akan sentiasa mudah bocor.

Pastikan anda ada beberapa akaun bank untuk mudahkan anda disiplinkan diri dalam membahagikan wang.

7) Duit bisnes, duit sendiri

Jangan khianati bisnes anda sendiri.

Jika anda anggap duit bisnes itu duit anda, maka sukar untuk anda berkembang dalam perniagaan anda itu.

Pastikan anda tidak menggunakan wang yang sepatutnya digunakan sebagai modal pusingan ke tempat lain dengan meletakkan duit bisnes berasingan dengan duit peribadi.

Satu kelebihannya juga adalah, anda akan jadi bersemangat jika anda lihat jumlah wang yang semakin bertambah dalam akaun bank bisnes anda.

Saya harap perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda supaya anda dapat menjalankan bisnes dengan lurus dan maju.

Share blog post ini jika anda rasa ia memberi manfaat.

Salam jumpa lagi di masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog