Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Sabtu, 10 April 2021

7 tips nak berjaya jadi orang sukses

Sebelum kita bincang lebih lanjut lagi tentang kejayaan, ada satu perkara penting yang saya mahu kita  selesaikan terlebih dahulu.

Iaitu, saya nak tanya kepada anda: apakah definisi kejayaan anda?

Cuba fikir sejenak.

.

.

.

Adakah kejayaan bagi anda jika anda mencapai sesuatu yang anda impikan selama ini?

Atau adakah ia bermaksud anda memiliki wang yang banyak di dalam bank?

Buat masa sekarang simpan dulu apakah maksud kejayaan anda itu, kerana pada hujung perkongsian ini anda akan mendapat jawabannya yang sebenar.

Sila teruskan bacaan anda...

Kebanyakan kita terlalu melihat kejayaan pada masa hadapan sehingga tidak nampak kejayaan yang ada pada waktu ini.

Ada orang, bagi mereka kejayaan dan kesuksesan mereka adalah begitu mudah yang membuatkan mereka sentiasa positif dan gembira pada permulaan hari lagi.

Bila permulaan hari kita gembira dan positif, ia akan memberi kesan yang sangat besar untuk kita pada hari tersebut.

Bagi mereka kejayaan itu adalah bila hati gembira, mereka percaya itu sebenarnya memberi seribu kenikmatan yang mana wang ringgit pun tidak dapat membelinya.

Bagaimana untuk gembira sedangkan kita belum lagi mencapai apa yang kita impikan?

Sebab itu saya mulakan dengan perkara ini, kerana anda perlu tahu; kejayaan, sukses, kekayaan atau apa sahaja yang anda maksudkan dengan kejayaan itu sebenarnya hanyalah di dalam fikiran dan perasaan kita sahaja.

Apakah yang saya maksudkan?

Jika anda dapat fikirkan bahawa anda seorang yang berjaya atau kaya raya, dan dapat mendatangkan perasaan itu dalam hati anda, ianya akan bantu membawa kejayaan sebenar kepada anda 10x lebih cepat lagi.

Tapi, sebab apa kita masih belum berjaya lagi?

Sebab kita masih fikir dan merasakan kita belum berjaya, logik tak? Sebab kita rasa waktu sekarang ini kita masih lagi banyak masalah, banyak halangan, banyak perkara yang masih belum selesai yang menyebabkan kita tidak nampak kejayaan yang sudah ada pada diri kita!

Maksud saya di sini, sebelum kita betul-betul ingin mencapai kejayaan itu di depan mata kita, ianya terlebih dahulu bermula dari fikiran dan emosi kita.

Kita mesti fikir dan berperasaan kita seorang yang berjaya setiap hari, maka kejayaan itu akan lebih cepat datang kepada kita.


Ambil perkara yang mudah yang membolehkan anda fikir dan rasa anda seorang yang berjaya.

Mungkin jika anda dapat bangun awal pagi, yang menyebabkan anda dapat menghirup udara segar pagi setelah usai solat Subuh?

Atau dengan berfikir atau merasakan dalam benak hati betapa bertuahnya anda dengan apa yang ada atau anda miliki sekarang ini? Keluarga, hidup, kesihatan, kecukupan dan seumpamanya.

Atau apa sahaja perkara yang anda lakukan ketika ini yang boleh menjadi penyebab untuk anda rasa gembira dan berjaya?

Bersyukur. Itu kuncinya.

Inilah formula mereka yang sukses. 

Mereka amat yakin sifat bersyukur itu sebenarnya menarik kejayaan yang mereka inginkan dengan lebih mudah lagi.

Setiap hari kita perlu raikan nikmat yang kita ada pada ketika ini. 

Jadi itulah perkara pertama yang kita perlu selesaikan terlebih dahulu, agar mulai dari hari ini atau esok pagi, kita sentiasa menjadi orang yang berjaya walaupun kita secara fizikalnya belum lagi mencapai matlamat hidup itu.

Apabila hubungan fikiran dan emosi kita selari positif pada setiap pagi dan sepanjang hari disebabkan dengan sifat kesyukuran kita itu, maka kita sudahpun melengkapan langkah pertama untuk kita membina kejayaan yang sebenar selepas ini.

Jadi sekarang, mungkin anda sudah boleh nampak apakah maksud kejayaan?

Jika anda jelas, tahniah saya ucapkan kerana anda faham apa yang saya sampaikan di sini.


Saya tidak bermaksud untuk cukup sampai di sini sahaja, atau cukup sekadar mensyukuri apa yang kita anda dan kita tidak perlu mencapai impian kita. Tidak, saya tidak maksudkan begitu.

Apa yang saya kongsikan tadi adalah langkah pertama yang kita perlu selesaikan terlebih dahulu, iaitu perbetulkan dulu fikiran dan perasaan (emosi) kita tentang maksud kejayaan.

Jelas ya?

Baik.

Selesai itu barulah lebih mudah perjalanan anda selepas ini. 

Sebelum itu mungkin anda boleh mulakan proses itu sekarang juga. 

Senaraikan dalam minda dan hati anda apakah 3 perkara yang anda boleh syukuri.

.

.

.

Syabas, kini anda sudah memiliki aura yang positif itu yang akan berterusan mengalir pada diri anda setiap detik, pagi dan sepanjang hari.

Ini akan menjadi momentum berkembang yang akan membantu untuk menarik lebih banyak lagi kejayaan dalam hidup anda.. in sha Allah!

Seperti tajuk artikel ini, maka di bawah ini adalah tujuh tips nak berjaya jadi orang sukses.

1. 100% bertanggungjawab (berjaya atau gagal) tidak salahkan sesiapa pun

2. Matlamat ditentukan dengan sejelas yang mungkin termasuk rupa bentuk, masa, tarikh, tempat

3. Yakin ia boleh dicapai tanpa sedikit keraguan pun

4. Membayangkan sambil merasai ia di dalam diri dengan sedalamnya

5. Tidak lari fokus dari impian, terus dirujuk dan lihat setiap hari

6. Buang rasa was-was atau takut, terus buat tanpa henti

7. Buat dengan panduan orang yang sudah berjaya, ini short cut terpantas untuk sukses. 

Saya harap perkongsian saya di sini memberi manfaat yang besar untuk anda ya.

Jika anda ada sebarang komen anda boleh buat demikian di ruang komen di bawah, dan saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi untuk share blog post ini di mana ruang di internet yang anda boleh capai. 

Terima kasih dan semoga terus sukses! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog