Translate

Isnin, 1 Mac 2021

5 teras aktiviti produktif networker mesti buat setiap hari

Dalam bisnes networking, kita mudah terperangkap dengan aktiviti yang sebenarnya TIDAK memberi peningkatan dalam perniagaan kita. Kita posting di fb group, post status d fb, adjust fb page atau ig dan sebagainya.

Ianya tidak salah kerana ia mungkin boleh memberi awareness kepada orang ramai untuk jangka masa panjang.

Tetapi apa yang lebih penting ianya tidak berkisar jauh dari Aktiviti Hasilkan Keuntungan (AHK) atau profit producing activities.

AHK ini merupakan TERAS utama untuk sukses dalam bidang networking ini, kerana perniagaan ini berhubung rapat dengan hubungan sesama manusia, bagaimana nak bawa manusia kepada level yang lebih baik dari segi skills, bisnes, kewangan dan juga peribadi diri!

Jadi berikut adalah 5 TERAS utama yang anda kena FOKUS setiap hari untuk menjadikan bisnes anda berkembang dengan lebih pesat!


1. BINA HUBUNGAN BAHARU

Pemasaran bermaksud kita membina hubungan baru dengan orang baru setiap hari. Kita tidak terus mempromosi atau kongsi kepada mereka tentang produk, servis atau perniagaan kita tetapi sekadar membina hubungan sehinggalah satu tahap mereka KENAL, SUKA dan PERCAYA kepada anda.

TANPA 3 UNSUR ASAS PEMASARAN ini maka sukar untuk mereka menerima apa yang ingin anda tawarkan.

Jadi, setiap hari anda kena fikir siapakah kenalan baharu yang boleh anda dekati, tidak kiralah secara online atau offline, sekadar chatting di messenger atau yang anda jumpa di kedai yang biasa anda pergi.

Yang penting, setiap hari anda ada senarai nama baru. Pastikan anda meletakkan sasaran untuk BERJUMPA atau berkenalan dengan 2 orang baharu setiap hari, bukan satu orang baharu dalam seminggu atau sebulan!

Jangan jadikan anda ketandusan dengan nama baharu untuk anda kenalkan tentang bisnes anda.

2. BUAT PROSPEK

Setelah kenalan baharu anda rasakan sudah memiliki 3 UNSUR ASAS PEMASARAN itu terhadap anda, maka anda boleh mula kenalkan mereka dengan perniagaan anda.

Sebab itu adalah lebih mudah untuk anda terangkan tentang perniagaan networking anda dengan orang yang sudah kenal dan percaya kepada anda seperti keluarga, kawan-kawan, rakan sekerja dan seumpamanya.

Mengambil nasihat dari mereka yang sukses dalam bidang ini, paling kurang yang mereka prospecting adalah 2 hingga 5 orang setiap hari. Itu yang terbaik untuk perkembangan bisnes!  

Penolakan atau rejection itu berlaku dalam mana-mana perniagaan dan sifu-sifu yang berada di tahap yang mereka ada sekarang disebabkan mereka hanya mahu berkongsi kepada sesiapa sahaja, dan yakin adanya rezeki di sebalik usaha dan kesunggahan yang diberikan!

Man jadda wajada berasal dari Bahasa Arab مَنْ جَدَّ وَجَدَ yang kalau diertikan adalah "siapa yang bersungguh maka ia akan menemukan atau siapa yang bersungguh-sungguh maka ia akan dapat."

 3. FOLLOW UP / SUSULAN

80% kejayaan adalah dari tindakan susulan anda ke atas prospek yang anda telah ceritakan produk atau servis anda. 

Teruskan memberi mereka maklumat tentang bisnes anda serta testimoni atau kisah kejayaan jika ada. Walaupun mereka mengatakan TIDAK pada kali pertama, potensi kejayaan akan akan meningkat jika anda terus konsisten paling kurang 5 kali terus berkongsi kepada mereka dan follow up mereka tentang penyelesaian yang anda tawarkan.

4.  PENINGKATAN KENDIRI

Jangan kedekut untuk majukan diri anda, ada orang sanggup habiskan duit mereka hanya untuk beli makan, minuman dan barang-barang yang hanya membuangkan masa mereka sahaja, tetapi tidak sanggup untuk berbelanja sedikit untuk membeli buku atau menghadiri webinar.

Jika anda katakan tiada masa pun sekarang boleh sahaja dengar buku audio atau mp3 tentang motivasi dan pembangunan diri samaada dari segi kemahiran, mindset atau bisnes.

Sifir untuk kekal berjaya adalah kerena orang yang sukses faham, semakin bertambah ilmu atau kemahiran mereka maka semakin bertambahlah income mereka. Bukankan ilmu itu menaikkan darjat sesorang?

Yakinlah tidak ada pelaburan yang lebih besar daripada ilmu.

Anda mungkin boleh dapat dividen 10% hingga 20% dari sesuatu pelaburan di hartanah atau saham tetapi jika melabur dalam ilmu ianya mungkin boleh beri pulangan yang lebih dashyat iaitu 100% atau mungkin hingga 100,000%!

Nak belajar sekarang mudah sahaja kerana anda boleh muat turun ebook atau menonton siri video pembangunan diri di Youtube. 

5. SENTIASA BERSAMA TEAM ANDA

Ada masanya kita akan jadi lemah pada semangat atau motivasi kita, sebab itulah kita MESTI sentiasa berdamping dengan team kita samaada upline, downline atau sideline kita.

Suasana kejayaan atau bercakap dengan mereka yang sudah capai apa yang anda impikan menjadikan anda terus bersemangat untuk mencapai cita-cita anda dalam bisnes.

Kata-kata mereka yang bijak pandai iaitu;

Dengan siapa yang kita selalu bersama menentukan siapa kita.

Biasa dengar kan?

Hanya dengan cara ini , semangat anda tidak ada kesempatan untuk luntur dan anda terus fokus untuk membina bisnes anda hingga berjaya!

AKHIR KATA

Amalkanlah apa yang saya kongsikan di sini selama 30 atau 40 hari setiap hari tanpa gagal, dengan ini PASTI anda akan dapat melihat peningkatan yang drastik pada diri serta perniagaan anda.  

Ini kerana untuk sesuatu itu menjadi darah daging atau tabiat kita ia memerlukan tempoh tersebut, lihat sahaja bagaimana segumpal darah menjadi seketul daging, berapa tempoh masa yang diperlukan?

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog