Translate

Jumaat, 22 Januari 2021

Masa Offline Keemasan

Kadang-kadang kita rasa kita perlu untuk berada secara online setiap masa padahal hakikatnya banyak masa yang berkualiti dapat diperolehi bila kita offline dari dunia maya. Masa yang berkualiiti ini dapat kita gunakan untuk kemajuan diri serta perusahaan yang kita sedang rancanakan.

Ini kerana bila kita offline banyak masa yang boleh kita gunakan untuk memperoleh ilmu baharu, membuat perancangan yang penting, berfikir atau juga membuat sesuatu yang berkesan seperti menulis (untuk blog sebelum dipost secara online atau untuk copywriting iklan atau produksi video pemasaran dan sebagainya),


Adalah amat berguna juga jika perkembangan anda ditulis secara offline melalui perisian/software text, wordpad sebelum ianya dimuat naik kedalam blog anda.


Kadang kala bila kita membuat kerja-kerja perniagaan ketika kita online, ianya kebiasannya boleh menjejaskan fokus kita untuk melakukan sesuatu projek atau tugasan. Ini kerana banyak perkara lain senang menganggu kita seperti laman media sosial seperti facebook, ig, whatsapp, emel dan sebagainya. Perasaan untuk selalu melihat laman sosial itu sudah menjadi seperti hembusan nafas kita.


Berbeza pula jika kita terputus hubungan sementara dengan semua itu, maka tumpuan kita hanya diri kita dan perkara yang sedang kita buat.


Oleh yang demikian, adalah amat penting jika saya dan anda juga untuk mengkhususkan masa beberapa jam sehari untuk tidak berada di hadapan komputer dan juga offline dengan telefon. 


Semua itu akan memberi manfaat yang besar untuk perkembangan diri serta perusahaan yang anda sedang bina, jika masa itu digunakan dengan sebaik mungkin.


Semoga bermanfaat!


Perkara boleh dibuat kite offline dari dunia maya (terbaik jika disconnect terus wifi atau broadband anda)


1. Berfikir (sumber premium)

2. Menulis (penulisan dari teks asal boleh dikitar semula menjadi voice over, video, slide, infografik, blog)

3. Membuat perancangan rapi untuk kehidupan, perniagaan, masa depan

4. mendapatkan ilmu baharu dari membaca atau menonton video secara offline (video dah dimuat turun)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog