Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Ahad, 17 Januari 2021

Bahaya Overthinking (Over Fikir)

Terlebih fikir akan menyebabkan perjalanan untuk menuju kepada matlamat serta impian hidup akan terbantut dan penyakit yang akan mematikan usaha anda....

Teruskan mencari sebab untuk anda mencapai impian itu menggunakan formula di bawah:

B = M.A.T

B (BEHAVIOR) = MOTIVATION + ABILITY + TRIGGER

BEHAVIOR (Tindakan anda) bergantung kepada....

MOTIVATION (Motivasi) - Cari sebab yang menjadikan anda terus bermotivasi. Adakah kerana ingin mengubah hidup yang lebih baik? Jangan hanya jadikan wang punca semangat anda, ada perkara yang lebih besar dari itu, seperti membantu keluarga, menimba pengalaman dan ilmu. Apa sahaja yang menjadikan ada bersemangat setiap kali bangun pagi!

ABILITY (Keupayaan) - Setiap kejayaan bermula dengan langkah yang kecil. Setelah anda melihat gambaran besar di mana anda hendak tuju, seterusnya anda kena melihat langkah yang kecil yang perlu diambil pada setiap peringkat. 

Jangan mudah stress kerana melihat banyaknya perkara yang perlu dibuat, tetapi lihatlah setiap langkah kecil itu yang menjurus kepada destinasi anda yang sebenar.

Pandanglah sekecil-kecil kemajuan yang anda telah sumbang dalam usaha anda itu.

TRIGGER (pencetus) - Senaraikan sebanyak mungkin sebab yang menjadi pendorong untuk anda terus ke hadapan, jangan biarkan bisikan negatif dalam sekelip mata menghancurkan projek yang anda sedang usahakan. 

Yakinlah anda semakin menuju ke matlamat anda selagi anda TIDAK BERHENTI!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog