Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Jumaat, 15 November 2019

Sindrom Takut Gagal (STG) : Punca kejayaan tidak muncul tiba



“The successful man will profit from his
mistakes and try again in a different way.”

Seorang itu hanya layak untuk berjaya sekiranya dia sudah menyediakan dirinya dengan selengkapnya.

Jika mengusahakan sesuatu dan ianya tidak berhasil maka penting untuk belajar dari kegagalan tersebut

Sindrom Takut Gagal (STG)

Sindrom Takut Gagal atau singkatannya STG merupakan satu penyakit yang jika tidak dikesan akan memberi kesan yang parah untuk tempoh yang lama.

Ini kerana STG menyebabkan seseorang hanya taksub untuk melihat hasil yang diingininya dari sudut wang semata-mata tanpa mementingkan peningkatan kemahiran. 

Penghidap STG membanding kerjaya orang lain yang memperoleh hasil tetapi tidak dirinya. Dia tidak melihat proses usaha yang dilakukan oleh mereka yang berjaya itu.

Maka apabila hasil yang diimpikannya itu tidak nampak dalam usahanya sendiri, dia segera merasakan usahanya itu suatu kegagalan tanpa berusaha untuk mencari sebab atau kaedah agar ia akan mendapatkan hasil yang diinginkan. 

Asasnya STG ini wujud kerana penghidap itu tidak boleh atau berani menerima sedikit pun kekurangan atau kegagalan. Ia merasakan kegagalan itu bukan proses untuk maju ke hadapan. Ia merasakan bahawa kegagalan itu adalah perkara yang menyakitkan bukan melegakan (kerana tidak mengambil pengajaran dari kegagalannya itu tetapi terus usaha perkara lain pula).

STG ini boleh menjadi kronik sekiranya tidak dikenalpasti dengan cepat, kerana apa-apa sahaja perkara yang dia nak usahakan sekiranya tidak nampak hasil yang segera, maka segera juga akan ditinggalkan. Corak kerja seperti ini terus terjadi sampai bila-bila sekiranya tidak dikesan dan diubati.

Penghidap STG ini boleh diubati sekiranya dia mengakui kesilapannya dan sentiasa membuka minda bahawa dirinya masih perlu untuk dilengkapkan dengan pelbagai juzuk ilmu lagi dan terus bangkit berusaha hingga usahanya itu mendapat hasil seperti yang diimpikan.

Adakah anda seorang penghidap STG tanpa sedar, dan adakah anda sedia untuk berubah?

Jangan terkesan dengan perkara lain, terus fokus dengan apa yang anda usahakan itu hingga berjaya!

PECAHKAN "TEMBOK" ITU!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog