Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Ahad, 10 November 2019

Misi keluar dari kepompong kesakitan hidup



Semua manusia di dalam dunia ini ada masalah hidup. Itu yang pasti, hatta seorang yang bergelar Presiden Dunia mahupun seorang yang hidup merempat di kaki lima.

Tetapi kenapa mahu pilih kesakitan atau kemiskinan atas kesenangan dan kekayaan jika ianya boleh dicapai.

Ada orang cakap mengatakan bahawa sekarang ini adalah masa keadaan ekonomi yang tidak berapa baik.

Tunggu dulu!

Anda perlu tapis percakapan sumbang tersebut jika anda pernah mendengarnya, kerana apa yang patut anda percaya adalah;

Dalam waktu kepayahan itu tidak semua yang sakit atau susah, kerana ada juga mereka yang berjaya mencipta peluang dan membina kejayaan pada waktu seperti itu.

Ia bergantung dengan cara fikir anda dan apa yang anda fokuskan.

Sebenarnya...

kita berada di masa yang paling baik untuk membina kekayaan, kerana zaman sekarang ini pelbagai alatan, teknologi dan pelbagai kemudahan lain yang dapat membantu untuk membangunkan sesuatu perniagaan serta perusahaan apa pun.    

Sekarang saya dan anda kena jelas dan apa yang diinginkan dari perjuangan ini.

Bukan sekadar mengatakan ingin berjaya, tetapi meletakkan tanda aras yang spesifik ke aras matlamat tersebut.

Sebagai contoh...

1) saya ingin membawa keluarga saya keluar dari kepompongan kebergantungan kepada ibu bapa atau orang lain.

2) saya ingin buktikan bahawa saya juga dapat berjaya seperti orang lain. Jangan biarkan mereka melihat dengan pandangan yang rendah lagi remeh. (tidak ada nilai apa pun)

3) saya ingin menyimpan RM15,000 setiap bulan dengan keperluan RM4,000 setiap bulan (jumlah RM20,000 pendapatan setiap bulan)_ dalam masa 5 tahun simpan RM15,000 untuk mencapai RM1,000,000 yang pertama.

4) Saya ingin ada rumah sendiri yang cukup sederhana (dalam <RM300,000 beli sebuah kereta berharga dalam RM50,000.

5) Sudah duit banyak , pergilah Haji secepat mungkin dengan pakej kuota VIP. Sebab itu rukun Islam, tiada kompromi, kena buat cepat!

6) Belajar untuk labur dalam pasaran komoditi dengan modal RM100,000. 

7) Kaya tapi hidup sederhana. Itu lebih baik dari hidup miskin mengharap orang lain.

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog