Translate

Sabtu, 9 November 2019

Buy Low Sell High

Salah satu asas untuk mendapat keuntungan dari sesuatu produk adalah:

Buy Low Sell High


Pastikan ianya adalah produk yang boleh diguna pakai dan bukan medium pertukaran iaitu wang itu sendiri.

Ia juga merupakan satu sunnah Nabi s.a.w dan para sahabat di mana mereka membeli barang dagangan dari Syam dan dijual pula di Mekah atau Madinah.

Konsep mudah tetapi berkesan.

Tidak perlulah fikir banyak-banyak perkara tentang jualan ini, cukup sekadar anda menguasai teknik ini, ianya terbukti!

Sudah dapat barang harga rendah, sekarang kena cari marketplace untuk jual produk tersebut dengan harga untung.

Pastikan dapat untung paling kurang 30% dari sebarang kos untuk mendapat dan menjual produk. Jika dapat lebih dari itu, bonus!

Marketplace yang mana?

Carilah market atau pasaran yang top. Yang banyak pengguna dan jadi sebutan ramai, post kat semua tempat. Jangan letak sepapan telur anda dalam satu bakul sahaja. 

Mungkin ada tempat yang tidak untung, mungkin ada tempat yang dapat untung.

Selamat menjual!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog