Translate

Rabu, 13 November 2019

BJ Infografik #5


Pemikiran negatif sentiasa berdamping di dalam diri seseorang.

Kerana idea buruk yang dibawa oleh pemikiran itulah, banyak mereka yang sepatutnya sudah lama berjaya tetapi kecundang di tengah jalan!

Jangan biarkan tanggapan buruk itu menguasai diri anda dan mengagalkan impian serta matlamat anda.

Anda kena degil dan jadi keras kepala apabila bisikan negatif itu muncul, dan ia sentiasa akan terus datang kepada anda tidak mengira waktu.. terutama sekali ketika anda tengah lemah semangat. Nafikan idea buruk yang dibisikan itu!

Imbas kembali apa maksud anda ingin mencapai impian tersebut. Ingat! Bukan kerana maksud material semata-mata. Carilah sebab yang mendesak itu di lubuk hati anda.

Jangan paksa diri anda hingga anda tertekan dek mengejar impian itu, tetapi biarkanlah kejayaan itu datang sendiri.

Kejayaan itu pasti datang selagi mana anda tidak berputus asa dan terus melangkah ke hadapan meninggalkan hasutan keji itu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog