Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Selasa, 12 November 2019

BJ Infografik #4 - Rahsia falsafah berfikiran positif yang amat berkesan!


RAHSIA FALSAFAH , MINDSET FIKIRAN POSITIF YANG BERKESAN!

Jangan pandang rendah diri anda, sekiranya anda percaya bahawa anda boleh lakukan apa sahaja untuk berjaya, asalkan dengan cara yang betul dan halal!

Semua usaha itu akan dikira sebagai ibadat juga, bukan? Pastikan betulkan niat, bukan untuk sekadar menjadi kaya atau mendapat wang yang banyak tetapi maksud sebenar kena diniatkan dengan perkara yang lebih besar dari itu... iaitu untuk manfaat diri, keluarga dan seluruh manusia.  Ini dituntut dalam mana-mana agama pun sebenarnya!

Jadi jika anda percaya bahawa setiap usaha anda pasti akan mendatangkan hasil yang hebat akhirnya, pasti itu juga yang akan anda dapat. Tapi sekiranya anda berfikir sebaliknya, maka itu juga yang bakal anda dapat. 

Sudah terbukti, selagi manusia itu berfikiran positif maka selagi itulah ia akan mengapai apa yang diusahakan dan diimpikannya itu. 

Jika tidak, mana mungkin manusia tetap dapat menerbangkan besi yang berat di udara, besi yang besar terapung di atas lautan yang luas, manusia dapat bernafas dan berjalan di angkasa raya... fikirkanlah!

Itu semua menjadi realiti kerana mereka tetap terus percaya walau apa jua halangan yang datang!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog