Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Jumaat, 22 November 2019

Bagaimana menjual produk di Shopee?

Sebelum anda menyenaraikan produk anda, pastikan anda tahu apa produk yang dilarang untuk dijual supaya produk anda itu tidak melanggar syarat menjual di Shopee. Jika anda sudah tahu, ikuti langkah berikut.

1. Pergi ke Seller Centre dan pilih Add New Product


2. Masukkan nama produk anda dan anda akan menerima tiga cadangan kategori produk. Anda masih boleh memilih kategori yang anda rasa sesuai.


3. Masukan keterangan produk dan segala yang berkaitan dengan produk anda.


4. Masukkan harga, jumlah stok dan variasi lain (jika ada) untuk produk anda


5. Muat naik gambar resolusi tinggi dan menarik untuk produk anda.


6. Masukkan maklumat logistik produk dengan tepat seperti berat produk, saiz bungkusan, caj penghantaran dan syarikat pos yang digunakan. 

Perlu diingatkan setiap syarikat pos/penghantaran mempunyai caj penghantaran yang berbeza dan juga ada syarat tertentu untuk saiz bungkusan dan berat. Untuk memudahkan anda, pilih penghantaran yang berkerjasama dengan Shopee. 

7. Selepas semua maklumat tersebut diisi dengan lengkap, anda boleh pilih sama ada produk ini pre-order yang memerlukan lebih masa untuk dihantar. Masukkan kondisi produk dan juga nombor SKU supaya mudah untuk tujuaan pemantauan stok. 

Selepas selesai, sila pilih butang Save and Publish supaya produk anda tersenarai dan bakal pelanggan anda dapat membeli dari kedai Shopee anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog