Translate

Khamis, 21 November 2019

Asas Berniaga Di Shopee


Berniaga di Shopee adalah mudah dan cepat. 

Ikuti langkah di bawah untuk memulakan pengembaraan anda sebagai peniaga di sini.

Bagaimana untuk buka kedai di Shopee?

1. Pergi ke laman web shopee.com.my (English) dan klik Sign Up. Anda perlu mengesahkan nombor telefon bimbit anda dan juga email untuk mewujudkan akaun di sini. 

Anda juga perlu ada senarai produk yang hendak anda tawarkan kepada bakal pelanggan anda.


Pilih bahasa English 

Tekan pautan "Sign Up"

2. Klik pada link Seller Center (sebelah kiri atas) dan pilih 'Shop Setting' untuk melengkapkan profil kedai online anda. 





Di sini ada tiga komponen utama untuk melengkapkan profil kedai Shopee anda. 

Nama Kedai

Pilih nama yang menarik dan mudah untuk diingati yang dapat dikaitkan dengan kedai dan produk anda. 

Nama kedai yang professional akan dapat membantu menaikan kredibiliti anda dan boleh menarik lebih pelanggan dan peminat. 

Ia juga akan memudahkan kedai anda untuk dijumpa ketika pengguna Shopee mencari sesuatu.

Perlu diingat nama kedai MESTI bertepatan dengan polisi Shopee. 

Boleh:

- Nama jenama anda 
- lebih dari 5 huruf, tidak lebih 30 huruf
- nama yang belum ada dalam Shopee

Tidak boleh: 

- Ada perkataan Shopee
- Nama yang berkaitan dengan benci dan sensitif
- ada emoji atau huruf yang pelik
- hanya menggunakan nombor
- nama produk yang terlampau banyak untuk nama kedai
- alamat atau nombor telefon
- promosi komersial seperti 'free shipping'
- pautan ke laman web di luar Shopee 

Imej dan Video

Muat naik sehingga 5 gambar dan juga video untuk memberi sentuhan jenama yang kuat pada kedai online anda.

Keterangan Kedai

Masukkan keterangan yang ringkas yang boleh menarik pengguna Shopee pergi ke kedai anda. Anda boleh masukkan maklumat tentang sejarah penubuhan kedai anda, jenis produk atau masa anda membalas mesej pelanggan. 

Penting untuk diingatkan agar tidak meletakkan alamat emel anda atau nombor telefon, atau mengajak pelanggan anda untuk berurusan di luar dari Shopee. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Cari Kandungan Blog