Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Sabtu, 15 Jun 2019

Penyakit cepat berputus asa dalam bisnes online


Mentor usahawan internet seperti Irfan Khairi dan banyak lagi sering mengingatkan kita bahawa untuk mencapai matlamat kewangan melalui online memerlukan disiplin yang jitu.

Ini termasuklah untuk tidak cepat berputus asa untuk terus memperbaiki kemahiran diri demi menjadi seorang usahawan internet yang sebenar!

Dikatakan 80% daripada peniaga bisnes online yang baru bermula akan kecundang. 

Ini bermaksud mereka yang berbaki 20 peratus itu adalah mereka yang jelas menghabiskan perlumbaan mereka hingga tamat.

Sedangkan mungkin ada di kalangan kita berhenti di setengah jalan sebelum sampai ke garisan penamatnya.

Itulah bahayanya sikap berputus asa ini.


"Maaf kerana aku putus asa dan bersangka buruk..."


Kerana bisikan untuk kita berputus asa ada mungkin 1001 alasan, tetapi kita terus melawan dan tidak mempercayai biskan-bisikan jahat itu.

Teruskan percaya agar tercapai impian hidup untuk menjadikan perniagaan internet itu satu kerjaya professional anda dan jalan untuk menjana pendapatan halal.

Teruskan belajar, mengkaji, merekod dan menganalisa, memperbaiki segala kempen niaga atau pemasaran anda di internet. 

Jangan kerana hanya mengejar angka besar dalam wang ringgit, melupakan anda untuk melihat perkembangan kecil yang memberi semangat seperti peningkatan pembaca, click through rate (CTR), jumlah leads  yang sebenarnya merupakan kejayaan kecil anda.

Jelas sekali untuk mencapai kejayaan yang lebih besar lagi hanya memerlukan pengorbanan dan usaha yang lebih lagi bagi melepasi apa-apa bisikan, halangan atau alasan.

Teruskan melayari dan jangan pernah putus asa, pasti anda akan mendapat sesuatu darinya...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog