Berikut adalah lima sebab kenapa produk digital lebih menguntungkan.
1. Lebih mudah
Produk digital lebih mudah untuk dibangunkan atau untuk mendapatkannya.
Jika anda mahu membuat produk digital sendiri, ada perlu memikirkan isi kandungan yang hendak dimasukkan ke dalam produk digital anda.
Idea anda dapat dijadikan sebagai produk digital dengan menggunakan sedikit kemahiran seperti menulis, membuat video atau merakam audio yang akhirnya dijual di internet.
Jika tidak, anda sentiasa ada pilihan untuk menjadi agen affiliate mempromosikan produk digital yang sudah sedia ada dibangunkan oleh syarikat pengeluar produk.
2. Kos pengeluaran
Apabila anda sudah memiliki produk digital, kos untuk anda menyalin produk yang sama hampir kosong!
Bayangkan anda hanya perlu 'copy & paste' atau hantar link muat turun (download) melalui emel kepada pelanggan anda.
Ini bermakna margin keuntungan menjadi lebih besar!
3. Tidak perlu pembungkusan
Oleh kerana produk digital dihantar secara elektronik, maka produk sebegini tidak perlu untuk anda menyimpan stok yang banyak, membungkus produk atau sebarang caj untuk pos produk.
4. Penghantaran pantas
Produk digital tidak memerlukan setem, atau poslaju.
Biasanya produk sebegini dihantar melalui emel menjadikan prospek lebih teruja untuk membeli dan pada masa yang sama meningkatkan margin jualan atau keuntungan anda.
5. Boleh dijalankan secara automatik
Produk digital membolehkan bisnes dijalankan secara automatik di internet.
Ini tidak mustahil kerana anda boleh automasikan bermula dari penyampaian maklumat produk, borang pembelian, mengurusan jualan hinggalah ke penghantaran produk digital terus kepada pelanggan anda melalui server atau perisian internet.
Antara contoh produk digital adalah, perisian internet, ebook, langganan newsletter, laman keahlian berbayar dan tutorial online (teks, video, audio)
Klik sini untuk melihat salah satu produk digital yang memiliki ciri-ciri di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa pendapat anda?