Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Selasa, 4 Jun 2019

Berapa kos buat website?

Hari ini untuk membina sebuah website tidaklah susah seperti lebih 10 tahun yang dulu.

Kalau dulu-dulu kena tahu kod HTML dan sebagainya, jika tidak memang tidak akan adalah website tu.

Berbeza dengan sekarang, anda hanya perlukan sedikit ilmu dan kreativiti!

Jika anda ingin membuat website sendiri anda boleh gunakan banyak servis percuma dari Google.  


Perkhidmatan seperti Wix atau Blogger memberi peluang untuk anda membina laman web ringkas tetapi profesional dengan cara yang paling mudah. Ianya tidak memerlukan sebarang kos...

Melainkan jika anda ingin menjadikannya lebih menarik seperti membeli alamat internet khas (contoh: beautinara.com) atau reka bentuk istimewa (theme) melibatkan kos.

Jadi berapa kos untuk membina website yang ringkas?

Jelas sekali, ianya adalah kosong!

Ye.. kosong ringgit...

Tapi, bagaimana pula kalau website yang boleh buat duit?

Ini ternyata jauh berbeza dengan website ringkas.. dan ya, ini memerlukan kos.

Secara kasar, ia boleh melibatkan kos paling murah tiga ke lima ratus (jika buat sendiri, kos seperti hosting, domain name, theme)


Website yang ada sistem untuk menarik pelawat baharu yang akan menjadi pelanggan adalah jauh berbeza dengan website yang hanya menerbitkan artikel yang tidak mengurus apa-apa jualan.

Kemahiran juga diperlukan untuk membangunkan sistem jualan yang lengkap seperti borang tempahan online, sistem pembayaran, penghantaran emel promosi dan juga produk untuk ditawarkan.

Tidak berhenti di situ sahaja, anda juga perlu laburkan masa untuk menyiapkan laman web (jika anda pandai buat sendiri), jika tidak anda terpaksa mengeluarkan lagi kos untuk mengupah pereka laman web (web designer) yang menelan belanja tambahan sebanyak paling kurang seribu ke tiga ribu ringgit lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa pendapat anda?

Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog