Langgan Artikel Melalui Emel

Translate

Sabtu, 10 April 2021

7 tips nak berjaya jadi orang sukses

Sebelum kita bincang lebih lanjut lagi tentang kejayaan, ada satu perkara penting yang saya mahu kita  selesaikan terlebih dahulu.

Iaitu, saya nak tanya kepada anda: apakah definisi kejayaan anda?

Cuba fikir sejenak.

.

.

.

Adakah kejayaan bagi anda jika anda mencapai sesuatu yang anda impikan selama ini?

Atau adakah ia bermaksud anda memiliki wang yang banyak di dalam bank?

Buat masa sekarang simpan dulu apakah maksud kejayaan anda itu, kerana pada hujung perkongsian ini anda akan mendapat jawabannya yang sebenar.

Sila teruskan bacaan anda...

Kebanyakan kita terlalu melihat kejayaan pada masa hadapan sehingga tidak nampak kejayaan yang ada pada waktu ini.

Ada orang, bagi mereka kejayaan dan kesuksesan mereka adalah begitu mudah yang membuatkan mereka sentiasa positif dan gembira pada permulaan hari lagi.

Bila permulaan hari kita gembira dan positif, ia akan memberi kesan yang sangat besar untuk kita pada hari tersebut.

Bagi mereka kejayaan itu adalah bila hati gembira, mereka percaya itu sebenarnya memberi seribu kenikmatan yang mana wang ringgit pun tidak dapat membelinya.

Bagaimana untuk gembira sedangkan kita belum lagi mencapai apa yang kita impikan?

Sebab itu saya mulakan dengan perkara ini, kerana anda perlu tahu; kejayaan, sukses, kekayaan atau apa sahaja yang anda maksudkan dengan kejayaan itu sebenarnya hanyalah di dalam fikiran dan perasaan kita sahaja.

Apakah yang saya maksudkan?

Jika anda dapat fikirkan bahawa anda seorang yang berjaya atau kaya raya, dan dapat mendatangkan perasaan itu dalam hati anda, ianya akan bantu membawa kejayaan sebenar kepada anda 10x lebih cepat lagi.

Tapi, sebab apa kita masih belum berjaya lagi?

Sebab kita masih fikir dan merasakan kita belum berjaya, logik tak? Sebab kita rasa waktu sekarang ini kita masih lagi banyak masalah, banyak halangan, banyak perkara yang masih belum selesai yang menyebabkan kita tidak nampak kejayaan yang sudah ada pada diri kita!

Maksud saya di sini, sebelum kita betul-betul ingin mencapai kejayaan itu di depan mata kita, ianya terlebih dahulu bermula dari fikiran dan emosi kita.

Kita mesti fikir dan berperasaan kita seorang yang berjaya setiap hari, maka kejayaan itu akan lebih cepat datang kepada kita.


Ambil perkara yang mudah yang membolehkan anda fikir dan rasa anda seorang yang berjaya.

Mungkin jika anda dapat bangun awal pagi, yang menyebabkan anda dapat menghirup udara segar pagi setelah usai solat Subuh?

Atau dengan berfikir atau merasakan dalam benak hati betapa bertuahnya anda dengan apa yang ada atau anda miliki sekarang ini? Keluarga, hidup, kesihatan, kecukupan dan seumpamanya.

Atau apa sahaja perkara yang anda lakukan ketika ini yang boleh menjadi penyebab untuk anda rasa gembira dan berjaya?

Bersyukur. Itu kuncinya.

Inilah formula mereka yang sukses. 

Mereka amat yakin sifat bersyukur itu sebenarnya menarik kejayaan yang mereka inginkan dengan lebih mudah lagi.

Setiap hari kita perlu raikan nikmat yang kita ada pada ketika ini. 

Jadi itulah perkara pertama yang kita perlu selesaikan terlebih dahulu, agar mulai dari hari ini atau esok pagi, kita sentiasa menjadi orang yang berjaya walaupun kita secara fizikalnya belum lagi mencapai matlamat hidup itu.

Apabila hubungan fikiran dan emosi kita selari positif pada setiap pagi dan sepanjang hari disebabkan dengan sifat kesyukuran kita itu, maka kita sudahpun melengkapan langkah pertama untuk kita membina kejayaan yang sebenar selepas ini.

Jadi sekarang, mungkin anda sudah boleh nampak apakah maksud kejayaan?

Jika anda jelas, tahniah saya ucapkan kerana anda faham apa yang saya sampaikan di sini.


Saya tidak bermaksud untuk cukup sampai di sini sahaja, atau cukup sekadar mensyukuri apa yang kita anda dan kita tidak perlu mencapai impian kita. Tidak, saya tidak maksudkan begitu.

Apa yang saya kongsikan tadi adalah langkah pertama yang kita perlu selesaikan terlebih dahulu, iaitu perbetulkan dulu fikiran dan perasaan (emosi) kita tentang maksud kejayaan.

Jelas ya?

Baik.

Selesai itu barulah lebih mudah perjalanan anda selepas ini. 

Sebelum itu mungkin anda boleh mulakan proses itu sekarang juga. 

Senaraikan dalam minda dan hati anda apakah 3 perkara yang anda boleh syukuri.

.

.

.

Syabas, kini anda sudah memiliki aura yang positif itu yang akan berterusan mengalir pada diri anda setiap detik, pagi dan sepanjang hari.

Ini akan menjadi momentum berkembang yang akan membantu untuk menarik lebih banyak lagi kejayaan dalam hidup anda.. in sha Allah!

Seperti tajuk artikel ini, maka di bawah ini adalah tujuh tips nak berjaya jadi orang sukses.

1. 100% bertanggungjawab (berjaya atau gagal) tidak salahkan sesiapa pun

2. Matlamat ditentukan dengan sejelas yang mungkin termasuk rupa bentuk, masa, tarikh, tempat

3. Yakin ia boleh dicapai tanpa sedikit keraguan pun

4. Membayangkan sambil merasai ia di dalam diri dengan sedalamnya

5. Tidak lari fokus dari impian, terus dirujuk dan lihat setiap hari

6. Buang rasa was-was atau takut, terus buat tanpa henti

7. Buat dengan panduan orang yang sudah berjaya, ini short cut terpantas untuk sukses. 

Saya harap perkongsian saya di sini memberi manfaat yang besar untuk anda ya.

Jika anda ada sebarang komen anda boleh buat demikian di ruang komen di bawah, dan saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi untuk share blog post ini di mana ruang di internet yang anda boleh capai. 

Terima kasih dan semoga terus sukses! 

Sabtu, 3 April 2021

3 konsep strategi pemasaran yang 'power'

 3 konsep ini akan mengubah strategi pemasaran ke tahap yang lebih hebat sekira anda amalkan. 

Jangan lupa untuk share agar ramai yang dapat manfaat dari ilmu yang mahal ini dan jika anda ada sebarang pandangan atau pertanyaan boleh komen di bawah ini.

Semoga bermanfaat!

Sabtu, 27 Mac 2021

Review Sistem Online Ejen Volten International

Sewaktu mula kenal dengan sistem bisnes online ini ada beberapa perkara yang saya lihat bisnes ini amat berpotensi besar pada masa depan.

Ini disebabkan beberapa faktor berikut:

1) idea sistem ini dibangunkan oleh usahawan multi jutawan tempatan

2) satu-satunya bisnes online yang memenangi anugerah antarabangsa The ONE "Made For the World" kategori E-Commerce pada tahun 2020

3) gandingan sistem e-commerce, networking, affiliate, payment online dan sistem penghantaran yang cekap

4) sistem yang terbukti berjaya melonjakkan pendapatan dalam masa yang singkat

5) telus , cepat , selamat dan bertaraf antarabangsa yang kini juga digunakan secara agresif di Indonesia, Singapura dan juga Kemboja. Satu sistem untuk seluruh dunia.

Untuk melihat secara dalaman apa yang terdapat pada sistem ejen Volten Internationa, berikut adalah review ringkas saya... selamat menonton!

Rabu, 24 Mac 2021

[Video] 5 aktiviti ejen networker atau ejen mlm wajib buat setiap hari

Anda sebagai ejen syarikat network marketing atau mlm pernah tak rasa buntu apa nak dibuat hari ini?

Adakah anda tidak ada pengalaman dalam jualan langsung dan tak tahu apa nak buat seterusnya?

Ini juga berlaku kepada saya ketika saya mula-mula terlibat dalam perniagaan berkonsepkan network marketing atau jualan bertingkat ini.

Saya suka dengan konsep bisnes ini, kerana ia membuka pintu kepada sesiapa sahaja untuk membina bisnes yang berpotensi besar dengan modal yang minima.

Sebab itu saya ingin terus belajar bagaimana mereka yang berjaya dalam industri ini dapat membina kejayaan yang luar biasa.

Kata orang, sukses itu meninggalkan jejak!

Ya, jejak itu kini semakin mudah untuk kita ikuti kerana semua itu hanya di hujung jari kita sahaja.

Soalnya hari ini, bukan 'adakah boleh ataupun tidak?' tetapi persoalan yang sebenar, 'anda nak atau pun tidak?"

Jadi, 5 aktiviti wajib yang ANDA, sebagai ejen syarikat mlm atau network marketing ini terbukti dapat membantu anda untuk terus bersemangat dan fokus membina perniagaan anda.

Ia adalah umpama minyak kereta yang akan memacu anda ke destinasi yang ingin anda tuju.

Jadi teruskan untuk menonton video ini, semoga bermanfaat!

Sabtu, 20 Mac 2021

7 Kekuatan Volten International yang Anda Kena Tahu


Kita nak berlayar jauh dan lama ni, kena tahu macam mana keadaan kapal okay tak?

Kalau kapal tak cukup kuat, mcm mana nak tempung gelombang digital yang mencabar masa kini dah akan datang.

Syukur kapal kita dah stand by, dan ready nak pergi ke laut, dan dah test memang boleh pergi jauh, sebab dah ada bukti yang kukuh, bukan sembang kencang saja.

Nak tahu sebab apa, jom tengok video ni sekejab.

Layan...

Jumaat, 19 Mac 2021

Konsep bisnes netcommerce bakal menggeggarkan nusantara dan asean?

Ya, ini bukan sekadar cakap-cakap kosong sahaja.

Hari ini kita begitu memandang tinggi syarikat daripada luar tetapi kita tidak sedar bahawa wujudnya syarikat tempatan yang dipelopori oleh usahawan Melayu Islam yang sudah berjaya.

Beliau iaitu Tuan Ismail Che Ani sudah memiliki segala yang beliau impikan sebelum mewujudkan syarikat Volten International ini.

Cuma satu saja yang beliau belum sempurnakan.

Itulah legasi.

Beliau mahu mencipta legasi yang akan dikenang untuk lapisan generasi yang akan datang, kerana konspe bisnes yang beliau bawa ini.

Ia bukan sekadar teori.

Ia bukan sekadar cerita yang sedap didengar.

Tetapi ianya sudah terbukti menjadi realiti bagi ramai insan biasa kini membina kehidupan yang luar biasa. 

Hayati apa sebenarnya konsep netcommerce ini dah anda tidak akan menyesal tahu tentang perkara ini, itu jaminan saya.

Teruskan menonton!

Selasa, 16 Mac 2021

Salah faham No.1 tentang Network Marketing / MLM di Malaysia

Pernah kena tak?

Ketika kita baru menceburi bisnes networking marketing atau mlm ni kita akan pm dm kawan-kawan kita di facebook atau ig bersemangat nak kongsi kepada mereka peluang perniagaan yang kita ada.

Bila baru sahaja nak share tentang konsep bisnes mereka dah seperti dapat hidu bahawa bisnes yang kita bawa ni, mereka tanya depan2, "ni mcm CNI ke?"

Kita pun jawab, "tak lah, tak sama pun" (padahal memang sama pun, kita je tak yakin dengan konsep bisnes yang kita bawa ni , dan terangkan kepada mereka kebenarannya)

Soalnya kenapa mereka tanya macam tu?

Mungkin sebab mereka skeptikal dengan konsep network marketing ni.

Kita tak dapat nak salahkan mereka kerana salah faham mereka. 

Jadi sebelum kita nak perbetulkan salah faham prospek kita tentang konsep bisnes yang telah berjaya bantu ramai orang ni, mari kita sendiri yang perbetulkan semula salah faham yang masih ada di benak fikiran kita ni... jom tonton tak lama pun..

Video ini mungkin akan mengubah kehidupan atau bisnes anda selepas ni... agar anda tidak pandang belakang dah untuk sungguh-sungguh buat bisnes dalam industri networking marketing ni.

Ahad, 14 Mac 2021

Risiko kesihatan di akhir zaman dan solusinya

Ada tiga perkara menjadi ancaman utama kepada setiap daripada kita yang hidup di zaman moden ini. Adakah kita sedar tentang perkara tersebut?

Tidakkah kita risau dengan gaya hidup dan tahap kesihatan kita atau anak isteri serta keluarga yang kita kasihi?

Mari lihat apakah pembunuh senyap itu dan bagaimana anda boleh selamatkan diri serta mereka yang anda sayangi daripadanya..

Pinjamkan saya masa anda kurang dari 11 minit, ia boleh mengubah hidup anda! 

Jom tonton video di bawah..

Khamis, 11 Mac 2021

5 hasutan yang mahu anda gagal


Ada 5 perkara ni selalu saja datang menghantui.

Kalau tak kena gaya, memang akan dihasutinya tanpa kita peka dan sedar. 

Tengok video di bawah ni untuk dedah apa benda yang selalu jadi hantu tu... agar lepas ni kita tak takut lagi dan terus terjah untuk kekal maju!

Volten TTT - Train the Trainer Mac/April 2021

 Alhamdulillah selepas lebih kurang setahun berlalu selepas TTT yang terakhir tahun 2020, kali ini Train the Trainer kembali lagi!

TTT ini adalah latihan membina jati diri ejen dan bagaimana ejen Volten dapat memantapkan kepimpinan diri sebelum dapat memimpin team yang semakin berkembang.

Semua perkara kalau kita nak maju, ia bermula dengan ilmu. Kerana dengan ilmu itulah membezakan peribadi seseorang dan juga tahap kewangan yang mereka dapat.

Jadi bagi ejen yang layak amat disarankan untuk mengikuti TTT kali ini.

Yakinlah pelaburan masa anda khususnya pasti akan membuahkan hasil yang berlipat kali ganda.



Langgan Melalui Emel

Cari Kandungan Blog